Tentang Kami

Latar Belakang Penubuhan


KIA atau Kelab Ilmu Adelaide adalah sebuah kelab rasmi yang ditubuhkan untuk membantu para pelajar dalam memahami Islam berdasarkan kefahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Kelab ini ditubuhkan pada tahun 2012 hasil kerjasama dari pihak Education Malaysia Australia, Sydney (EMAS). Setakat ini KIA hanya tertumpu kepada pelajar-pelajar di South Australia tetapi berhasrat untuk mengembangkannya kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam mempelajari ilmu agama.

Visi


1. Untuk mendidik kefahaman pelajar-pelajar Islam dengan akidah yang sejahtera, amal yang sahih dan akhlak yang terpuji; memberi kefahaman yang benar tentang Islam kepada pelajar-pelajar non-muslim Malaysia

2. Untuk melahirkan generasi yang berjiwa ilmiah, yang cintakan ilmu dan beramal dengan ilmu; mampu menapis pandangan-pandangan yang tersasar dari kefahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang semakin berleluasa pada masa kini

3. Sebagai platform untuk mengendali dan menyelaras segala program-program berdifat ilmiah dan mewujudkan suasana intelektual yang bebas dari pengaruh mana-mana gerakan berlabel rasmi

Misi 

KIA berhasrat untuk menjalankan program-program ilmiah yang bersifat terbuka kepada pelajar-pelajar Muslim dan Non-Muslim Malaysia di Adelaide untuk memahami Islam secara ilmiah berdasarkan kefahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)
 




No comments:

Post a Comment