Program

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kelab Ilmu Adelaide (KIA) akan menganjurkan "Kem Memahami Islam Menurut al-Quran dan as-Sunnah" (KMI) pada 29/03/2013 hingga 31/03/2013 bersempena cuti Good Friday dan Easter.

Antara program-program yang akan dijalankan adalah :

1. Kita ikut siapa? (Jumaat selepas solat maghrib, 29/3/2013, Mezzanine Level, Hub Central, University of Adelaide.)

Pembentangan tentang asas pengambilan sumber ilmu agama dan cara pendalilan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

2. Apa itu akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah? (Sabtu 9 pagi, 30/3/2013, P3-20 ,UniSA city east, Playford building [atas surau UniSA City East])

Slot yang akan menjelaskan tentang prinsip-prinsip asas akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

3. Tauhid dan cara mengesakan Allah. (Sabtu selepas Solat Maghrib, 30/3/2013 P3-20, UniSA city east, Playford Building)

Program yang akan membahaskan tentang tauhid menurut al-Quran dan as-Sunnah.

4. Keluasan fiqh ASWJ. (Ahad 9 pagi, 31/3/2013, P3-20 ,UniSA city east, Playford building [atas surau UniSA City East])

a) Sifat mandi Nabi, sifat wudu' Nabi dan solat Nabi.
b) Diskusi fiqh luar negara dan negara minoriti muslim.
c) Soal jawab isu fiqh semasa.

5. Majlis bacaan hadis. (Ahad selepas Solat Maghrib, 31/3/2013, P3-20, UniSA City East, Playford building [atas surau UniSA City East])

Majlis pembacaan sekurang-kurangnya 20 hadis daripada hadis-hadis sahih di dalam kutub sittah tentang akidah dan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

KMI akan dibimbing oleh Ustaz Abu Ihsan al-Atsari. Sedikit sebanyak tentang Ustaz Abu Ihsan al-Atsari :

Beliau berasal dari Medan, Indonesia. Bermulazamah (berguru) dengan Abu Abdillah Al-Makki di Pakistan tahun 1991-1992 M. Lulus pengajian di Jami'ah Uluum Al-Atsariyah Jehlum Pakistan (lulus tahun 1415 H), mulazamah (berguru) dengan Sheikh Hafizh Tsanaaullah Az-Zaahidi dari tahun 1413 H sampai tahun 4/6/1415 H, dan memperoleh ijazah riwayat hadis dari Sheikh Az-Zaahidi. Kemudian menamatkan pengajian di Jami'ah Daarul Uluum Baltistan Ghawari, lulus dengan pangkat mumtaz (cemerlang) tahun 1417 H – 1996 M. Beliau mempunyai sanad periwayatan hadis melalui jalan Sheikul Hind Syah Waliyyullah Ahmad bin Abdurrahim Ad-Dahlawi.

Beliau juga aktif mengikuti daurah syar'iyyah (tahun 2001 – 2008) yang diisi oleh para masyaikh dari Jordan, murid-murid Sheikh Muhaddis negeri Syam Muhammad Nashiruddin Al-Albaani, diantaranya: Abul Harits Ali Hasan Ali Abdul Hamid Al-Atsari Al-Halabi, Abu Usamah Salim bin 'Ied Al-Hilali, Muhammad Musa Ali Nashr dan Masyhur Hasan Salman. Dan daurah syar'iyyah keenam (tahun 2006) yang diisi oleh Syeikh Ibrahim Ar-Ruhaili dan Syeikh Sulaiman bin Salimullah Ar-Ruhaili. 

Beliau merupakan penterjemah kitab Tafsir Ibn Katsir karya Imam Ibnu Katsir dan kitab Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari karya Imam Ibnu Hajar al-Asqalani ke dalam Bahasa Indonesia. Beliau sudah sinonim sebagai pendakwah Ahlus Sunnah yang gigih di Indonesia dan juga Malaysia.

KMI adalah percuma dan terbuka kepada semua. KMI menggunakan kaedah "evidence based discussion" di mana setiap fakta yang akan dikemukakan boleh diminta rujukan. Hal ini bagi menjamin "check and balance" dan ketelusan penyampaian ilmu-ilmu agama. Kami juga akan merakam dan dimuat naik di youtube kami supaya segala isi kandungannya dapat diambil manfaat oleh mereka yang tidak tinggal di Adelaide dan dapat disemak/dibetulkan jika ada kesalahan.

Oleh itu, kami menjemput semua pihak untuk bersama-sama kami dan memberi kerjasama yang baik dengan penganjuran KMI kali ini. Tujuan penganjuran KMI adalah sebagai wadah bagi para pelajar di Adelaide menimba ilmu agama yang bersifat ilmiah, sesuai bagi status mereka sebagai pelajar-pelajar yang terpilih. 

Jika ada sebarang keraguan dan persoalan, boleh terus menghubungi kami untuk mengadakan mesyuarat atau sesi perbincangan. Segala komen, cadangan, kritikan, dan bantahan yang bersifat ilmiah amat kami alu-alukan.

KMI adalah program yang jujur, telus dan ilmiah. Tiada agenda tersembunyi dan tiada kepentingan lain melainkan hanya mengharapkan redha Allah dan ilmu Allah yang sahih disebarluaskan. KIA bukan sebuah jemaah, bukan juga parti politik. KIA hanya sebuah kelab yang menjadi platform penganjuran program-program bercorak ilmiah dan intelektual.

Wallahu'alam.


No comments:

Post a Comment